Redha dengan apa yang menimpa dirinya, wanita berhati waja ini cukup positif dan masih boleh tersenyum lebar seolah-olah tiada "keributan'' yang melanda dirinya. Kebahagiaan yang dicipta bersama insan tersayang hanya mampu bertahan buat seketika. Tanggal 25 Mac 2010, ternoktah perjalanan bahtera rumah tangga anne Ngasri bersama bekas suaminya, Abdul Wafi. Ada yang mengaitkan penceraian pasangan ini seolah-olah dabi program Sehati Berdansa.
Apa tidaknya, mereka merupakan pasangan ketiga yang bercerai selepas menyertai program berkenaan. Namun, bagi Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, tidak ada istilah badi sebaliknya itu semua ketentuan takdir.
Tatkala rahimnya terisi satu nyawa baru, Anne terpaksa akur apabila terpaksa menggalas status ibu tunggal dalam usia yang cukup muda. Biarpun sedar, ikatan perkahwinan yang terlerai tidak mungkin diikat kembali memandangkan dia bercerai talak tiga, namun Anne tetap tabah. Dalam situasi tersebut bibirnya masih mampu dan tidak pernah kering dengan senyuman.
“Kekuatan saya adalah anak-anak, merekalah nyawa dan sumber inspirasi saya. Pada saya gelaran ibu tunggal bukan penamat segalanya. Siapa tidak sedih apabila bergelar ibu tunggal, tetapi sebagai umatNya, saya redha dan terima segala yang terjadi dengan hati yang tenang.
“Takdir sudah tertulis bahawa jodoh kami setakat ini saja, siapa saya untuk menidakkan ketentuanNya. Saya tidak mahu ia memberi impak kepada anakanak. Mereka masih kecil dan belum tahu apa-apa. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak,” ujar Anne tabah.
Tiada Sengketa
Sambungnya pelakon ini sejak awal lagi, dia sudah dapat mene rima hakikat antara dirinya dan Wafi tidak mungkin lagi bersama. Namun biar tidak lagi bergelar suami isteri, masing-masing memasti kan antara mereka tiada sebarang sengketa dan hubungan baik demi anak-anak.
Sambungnya pelakon ini sejak awal lagi, dia sudah dapat mene rima hakikat antara dirinya dan Wafi tidak mungkin lagi bersama. Namun biar tidak lagi bergelar suami isteri, masing-masing memasti kan antara mereka tiada sebarang sengketa dan hubungan baik demi anak-anak.
“Anak-anak masih kecil dan mereka memerlukan ayah mereka. Setakat ini, Wafi memang ayah yang penyayang dan bertanggung jawab. Memasuki tahun baru ini, saya perlu kuat dan kena berdikari sendiri.
“Kalau dulu sama-sama mencari tetapi kini saya kena lakukan sendiri, walaupun Wafi tidak pernah melupakan tanggung jawabnya kepada anak-anak. Selepas ini, tiada lagi orang yang boleh berkongsi dan menguruskan anak bersama-sama, segalagalanya terletak di bahu saya,”bicara Anne sayu.
Walaupun ketigatiga anak tinggal bersamanya namun katanya ia sedikit pun tidak membebankan dirinya sementelah sejak dulu lagi dia memang sukakan kanak-kanak. “Mungkin kerana saya ‘family type’, jadi tiada masalah untuk menjaga anak-anak sendirian.
Kalau mereka tiada di rumah pula, saya tidak senang duduk kerana sudah biasa dengan keletah mereka. “Pun begitu, saya tidak nafi kan selepas bercerai, rutin hidup sedikit bertukar. Apatah lagi dengan kelahiran bayi baru, jadi agak kelam kabut apabila terpaksa melakukan semua kerja sendiri,” ujarnya berterus terang.
Apa pun kata wanita yang memiliki wajah keanak-anakan ini dia begitu bersyukur dikurniakan bayi perempuan selepas dua anak lelaki sebelum ini.
“Lengkap sudah hidup saya dan tiada apa lagi yang saya perlukan selain melihat mereka membesar dan menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti,” jelas Anne yang amat bersyukur kerana anak-anaknya seolah-olah memahami situasi dirinya. Anak-anak ujarnya tidak banyak kerenah dan proses kelahiran dan penjagaan anak bongsunya sepanjang berpantang juga mudah tanpa sebarang masalah.
Tak Malu Status Ibu Tunggal Muda
Akui penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita terbaik Anuerah Skrin 1993 ini, gelaran ibu tunggal dalam usia muda tidak sedikitnya menimbulkan perasaan malu di hati. Sebaliknya dia bersyukur kerana masyarakat sekeliling cukup memahami dan sentiasa memberi reaksi positif kepadanya.
“Masyarakat sekeliling saya memahami apa yang berlaku dan mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Selain anak-anak dan keluarga, sokongan dari orang luar antara sumber kekuatan buat diri saya.
“Saya tidak pernah merancang apatah lagi mendoakan dan membayangkan begini pengakhiran rumah tangga kami. Namun mungkin ini yang terbaik buat diri saya dan anak-anak,” ujar Anne.
Dia dalam pada itu akur tidak mudah sebenarnya menggalas status ibu tunggal dengan tiga orang anak. Kalau wanita seusianya masih enjoy dan bebas keluar bersama rakan-rakan namun dirinya sudah punya tanggung jawab berat yang harus dipikul. Tapi buat dirinya tiada sekelumit pun perasaan kesal hadir dalam hatinya.
“Walaupun sudah ada anak-anak tetapi saya masih boleh keluar seperti biasa. Cuma saya tidak selesa andai keluar bersendirian tanpa membawa anak-anak. Mungkin sesetengah orang berasa rimas kerana terpaksa melayan kerenah anak-anak tetapi pada saya apabila kita sudah bergelar ibu bapa, ia satu perkara yang perlu dilakukan dengan penuh sabar.
“Saya boleh memandu sendirian dengan membawa ketigatiga anak dan kadang-kadang saya akan bawa mereka tengok wayang, makan-makan ataupun pergi memancing udang bersama.
Biarlah saya susah sekarang nanti bila mereka dah besar saya mungkin senang sedikit,” kata Anne yang turut aktif sebagai pengacara dan duta produk.
Suka Duka Silih Berganti
Tatkala ditanya perasaan ketika melahirkan bayinya tanpa kehadiran suami di sisi seperti mana sebelum ini, Anne hanya tersenyum manis. Tiada siapa yang tahu gelora di hatinya. Ibu kepada Abdul Warits, 4 tahun, Abdul Wafri, 2 tahun dan terbaru Nazharah Afroza yang bermaksud pandangan yang jelas, mengakui perasaan gembira dan duka bersilih ganti. Namun dia cuba mengusir jauh perasaan negatif kerana tidak mahu mendatangkan mudarat pada dirinya.
Tatkala ditanya perasaan ketika melahirkan bayinya tanpa kehadiran suami di sisi seperti mana sebelum ini, Anne hanya tersenyum manis. Tiada siapa yang tahu gelora di hatinya. Ibu kepada Abdul Warits, 4 tahun, Abdul Wafri, 2 tahun dan terbaru Nazharah Afroza yang bermaksud pandangan yang jelas, mengakui perasaan gembira dan duka bersilih ganti. Namun dia cuba mengusir jauh perasaan negatif kerana tidak mahu mendatangkan mudarat pada dirinya.
“Ketika selamat melahirkan Nazharah Afroza, perasaan gembira dan sedih bersilih ganti. Tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut kerana bimbang akan mendatangkan kesan pada diri saya. Lagipun, hidup saya sudah lengkap sekarang.Tiada apa lagi yang perlu saya fikirkan.
“Tetapi itu tidak bermakna saya menolak andai suatu hari nanti, Tuhan menemukan saya dengan insan bernama lelaki. Cuma, saya tidak mahu terburu-buru, apa yang saya fokus sekarang adalah anak-anak dan juga karier untuk menyara kehidupan kami kelak,”jelas Anne yang tidak putus menerima tawaran dalam bidang seni.
“Selain tawaran drama saya juga mendapat tawaran sebagai duta minuman serta bergiat dalam teater. Selepas pantang ini, tawaran pertama saya peroleh adalah menyertai teater di Johor Baru.
“Walaupun sedih kerana terpaksa meninggalkan Nazharah yang masih kecil selama seminggu, tetapi saya terpaksa kuatkan semangat kerana itu rezeki kami anak-beranak. Mujurlah ada ibu dan juga mentua yang banyak membantu dan merekalah akan menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan saya nanti,”ulas Anne yang mengakui amat tegas dalam soal berpantang dan kerana itulah dia berjaya mendapat kembali bentuk badan asal serta berat 47 kg biarpun waktu hamil berat badannya hingga 58kg.
Ini yang dinamakan JODOH..Kita takkan tau apa yang bakal menanti kita...Mudah2han akan ada yang lebih baik untuk Anne...Amin..
ReplyDeleteP/S : Jom Join !!!
http://adialuvluze.blogspot.com/2011/01/adialuvluze-my-first-ga.html
ye sy setuju mmg la kn kita xtw jodoh kita smpai ke mna....
ReplyDelete