page

Sunday, January 30, 2011

++ Tima Kasih Untuk Mummycute ++

Assalammualaikum semua.....
Tima kasih byk2 untuk mummycute kerana berikan Digital Birthday Card,
memang cute la birthday card nie..saya suke la memang cute mcm mummycute nie
mummycute berikan Digital Birthday Card nie untuk follower yg bertuah lahir 
pada bulan Januari.....wahh3...saya rasa terharu sgt2 kerana saya yg bertuah
dapat Digital Birthday Card nie...jom jadi follower mummycute kalau nk
macam saya dapat nie...
mummycute ada buat lg untuk follower yg bertuah yg lahir pada bulan februari
kalau korang berminat klik sini>> Mummycute<<
.
.

Jeng....
.
.
.

Jeng...
.
.

............
............
............
............
............
.......................
...................
...............
............
........
....
..
Nie la 
Digital 
Birthday
Card
Drp


Thursday, January 27, 2011

++ BEN ASHAARI BLOG ++

Assalammualaikum 
saya nak jugak masuk bloglist En Ben
sekarang jugak saya  jwp syarat2 En Ben buat

Header En Ben
  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG( dh letak )
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini .. ( ok saya buat dan saya 
  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..
    Saya update blog x tentu brp entri dlm sehari kadang2 2,3 entri jgk tapi kadang2 1 entri jela....dan jumlah entri hingga kini br 67 sebabnya usia blog sya br la 5 bulan

  4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI .. 
    ( saya memang amat2 berminat nk masuk dalam bloglist En Ben sebabnya teringin nk jd seorang blogger mcm En Ben nie yg femus dan semakin hari blog En Ben makin2 terbaik...sehingga masuk dalam majalah rapi keluaran Februari nie...... )
    5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
    Saya takde la sampai nk popular sangat...cukup la sekadar org kenali blog Apple Sweet nie     sekiranya blog Apple Sweet ni popular, saya nak buat jugak segmen macam En Ben buat nie..... Segmen2 yg En Ben buat 2 supaya menaikkan nama blog lain yang nak ramai kawan lagi la....insyaallah saya akan cuba memberi idea2 yg baru dan yg terkini....insyaallah kalau ada rezeki lebih bolah buat amal jugak....
    **Kalau dah siap hantaran kan ke ruang entri En Ben**


    **Harapanku harap2 dapat masuk dalam senarai bloglist En Ben nie, kihh...kihh  (",) **


    P/s:Cepat2 korang join kalau berminat klik >><< SINI >><<

Tuesday, January 25, 2011

Bloglist Sandiwara Seorang Insan @ Syafiq Rosli


Assalammualaikum semua....



Tajuk: Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli

Jantina:  Perempuan


P/S : kalau korang nk join klik <<>>SINI<<>>>



++ Wahhhh....TerHaru Nie.... ++

Assalammualaikum semua.....

Pertama kali aku nk ucapkan ribuan2 tima kasih yg x terhingga untuk
 LadyzuL (kakD) 
kerana wish besday siap buat n3 ada sekali dgn kek yg special lg......korang tgok la kek yg kakD hadiah nie....



kakD sedap la kek nie....kihhh..kihhh
tima kasih tw kakD.....
aku x lupa jgak kengkawan yg lain wish besday arini......moga2 doa korang akan makbul amin...... aminnn....

P/s: Jom ramai2 kita terjah,serbu....di sini>><<LadyzuL baca Entrynya n jgn lupa tggalkn komen

Monday, January 24, 2011

++ Jom Mandi Air Terjun ++

Assalammualaikum semua.....
Arini cuaca agak panas tiba2 je aku rasa teringat nk p mandi kt lata sedim karangan,kulim
Rasa dh lama sgt2 x p sna...dlu masa aku still tggal kt sana selalu p jgak?
ajak2 kwn2 ramai2 pakat BBQ kt sana fuhhhhhh..... best giler teringat time 2.....semua 2 hanya tggal kenangan jela....memang best la time happy2 ngn kengkawan aku.....skrg rasa sunyi la coz berjauhan ngn depa...
kadang2 2 orang pun aku jd keje p mandi coz panas sgt dok umh  yela dok taman lak 2...umah kg hingga skit kan....
aku pn rasa nk p mandi berendam lama2 smpai puas baru balik umah....
Nie aku da nk Upload gambar kenangan aku p mandi air terjun lata sedim
dan bukit hijau..
korang nk kata apa kata la coz pic lama pun nk upload gk kihh....kihhhh

Time nie kat bukit hijau...time nie aiq tgh deras 2 nasib baik aku 
x tergelincir coz licin pijak batu

Time nie kt Bukit Hijau jgk...rasa sejuk sgat time 2 so aku naik la bg hilang
sejuk ckit....bila dh rasa kurang skit sejuk aku turun main aiq lg plak...

^^^^
^^^^
^^^^
^^^^
^^^^^^
^^^^^
^^^^
^^^
^^
^
Yg nie semua pic kat Lata Sedim








Thursday, January 20, 2011

++ Pohonlah KEAMPUNAN dan KEMAAFAN sebelum TERLEWAT ++


Assalamualaikum..
prnah dgr pasal orang kalau tak mintak maaf diatas kesalahan yang dilakukan terhadap manusia,maka selain diseksa dia juga akan diperlambatkan untuk memasuki syurga setelah semua dosa terhapus.

orang yang tidak memaafkan dosa orang lain juga akan diperlambatkan dia untuk memasuki syurga.tetapi berbahagialah kpd sesiapa yang saling memaafi kerana ALLAH akan menyediakan untuknya sebuah mahligai yang tak terhingga indahnya,



Pohonlah KEAMPUNAN dan KEMAAFAN sebelum TERLEWAT

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
 


Huraian
Pengajaran hadith : 

# Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya. 

#Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya. 

#Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak. 




Ku Pinta Kemaafan

Aku bukan seperti engkau sangkakan,
Pura-pura dalam berjuang,
Aku bukan seperti engkau sangkakan,
Pura-pura ketika berkata,
Namunku akui diri ini penuh dengan khilaf,
Yang sering terlanjur kata,
Juga tidak pandai bermadah pujangga.
Teman,
Kupohonkan kemaafan,
Keterlanjuran yang berulang kali.
Teman,
Kita patrikan di sini,
Berakhirnya sebuah lamunan duniawi,
Terima syukur taufik Ilahi.
Teman,
Kita patrikan di sini,
Sebuah kejayaan yang memberikan kebahagiaan hidup dunia akhirat.
Teman,
Jika daku terkasar bahasa,
Maafkanlah diriku.


Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG

Assalammualaikum semua.....


Rasa dh lama saya x join segmen En Ben
kali nie saya xmau lepas kan peluang2 yg ada nie
so saya nk join la.....korang nk tau segmen En Ben kali nie ada hadiah 
kalau ada orang sponsor..kalau xdak yg sponsor pemenang akan dpat 
sticky post entri sebagai promosi blog
kalau korang nk join korang klik je di bawah nie

^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^
^^^^^^^
^^^^^^
^^^^^
^^^
^^

P/s: Cepat2 korang join kalau yg berminat la...
tutup malam esok !!!

Farish Aziz akan berkahwin bulan febuari ini



Pelakon dan pengacara Farish Aziz dengarnya akan berkahwin pada 18 febuari ini dengan gadis yang dicintainya sejak 14 tahun yang lalu.. Gadis bertuah yang bertugas sebagai peguam tu hanya mahu dikenali sebagai Zahrah dan kini menetap di sabah.. Farish sendiri juga tidak menyangka hubungan percintaan mereka sejak di tingkatan satu kekal sehingga kini dan akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan..
“Memang sekarang ini kami sibuk dengan persiapan perkahwinan sehinggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon buat sementara waktu.
“Alhamdulillahlah segala persiapan dibuat seperti yang dirancang dan kami akan mengadakan majlis resepsi pada 19 Februari depan berkonsepkan dalam taman,”
“Bagaimanapun, selepas kahwin, kami terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu kerana Zahrah masih bekerja di sebuah syarikat guaman di Sabah. Saya harap kami boleh menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri,”

MyGosip ucapkan tahniah buat Farish dan bakal isterinya yang sudahpun bertunang pada 26 September 2010 yang lalu.. dan kami harap segala perancangan mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Farish dan Zahrah, bakal isterinya kat bawah ni…

Gambar pernikahan Siti Saerah dan Saiful Anuar





Kita semua sudah sedia maklum yang Siti Saerah sudahpun selamat dinikahkan dengan Saiful Anuar di Kuala Lipis, Pahang pada 27 Oktober yang lalu.. Majlis pernikahan Siti Saerah yang dilakukan secara rahsia ni hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja… Buat sesiapa yang tidak dapat hadir atau tidak dijemput tu, marila kita layan je gambar perkahwinan Siti Saerah dan Saiful Anuar ni…










Siti Saerah bernikah dengan Saiful Anuar. Tiada planning nak buat kenduri besar besaran ke? Kan dah jadi penyanyi, kena lah buat besar besaran untuk peminat dan media. Katanya Siti Saerah sedang berbulan madu di Johor.


Monday, January 17, 2011

kontest blog paling comel !


Assalamualaikum semua....
Contest lagi....
kihhh..kihh....
aku di tag oleh Ai Shi Teru thnkz ye tag sya
skrg sy xmau buang msa sya nk join jgk la
kalau korang nk join klik di bawah nie

^^^^^
^^^^^
^^^^^
^^^^^
^^^^^
^^^^^^^^^^
^^^^^^^^
^^^^^^^
^^^^^^
^^^^
^^^
^^
^

SYARAT-SYARAT

warga negara MALAYSIA .

semua jantina diterima.

ada blog! takder blog .. ditolak !

kena follow blog yg wt contest ni.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)

tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !


4 Orang Di Tag:

Thursday, January 13, 2011

Kecewa Dengan Jejai, Punca Fasha Sandha Bercuti Ke Bali



Jejai, kekasih awal dan akhir milik empunya aktres Fasha Sandha menyambut tahun baru bersama ahli keluarga dan bekas isteri, Nora Danish di negara matahari terbit, Jepun. Ekoran daripada itu, Fasha Sandha berasa kecewa dengan tindakan Jejai yang ingin bercuti dengan bekas isterinya, walaupun mereka berdua sedang kemaruk dilanda cinta.
KOSMO hari ini melaporkan, Fasha Sandha mengambil keputusan untuk bercuti di Bali bersama rakan-rakan ekoran terasa hati dengan sikap Jejai yang tidak memikirkan perasaannya. Dalam versi OHBULAN! pula, Fasha Sandha sanggup menanggung perbelanjaan percutian rakan-rakannya itu ke pulau Bali.
Mungkin sukar untuk menerima kenyataan ditambah lagi perasaan cemburu, Fasha Sandha terbang ke Bali dan tersilap langkah dengan berpakaian bikini di pulau yang digelarkan sebagai Miami Asia.

Wednesday, January 12, 2011

Bimbingan & Panduan





Mencari Tuhan

Dia diutuskan tika manusia dalam kejahilan 
Membawa firman Tuhan sebagai petunjuk kehidupan 
Diberikan mukjizat sebagai tanda kenabian 
Agar teguh bersemi segala keyakinan 


Namun... 

Mengapa dia masih menyelusuri jalan kelam? 
Sedang Dia memberi wahyu sebagai pedoman 
Mengapa kita masih mencari Tuhan dalam kealpaan? 
Sedang Dia memberi hidayah sebagai panduan 



Ingatlah tatkala Dia berfirman: 

”...Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu 



agamamu 
Dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu 
Dan Aku reda Islam itu menjadi agamamu...” 






Taruma anak mangsa cerai

Sedih, geram, tertekan dan kecewa. Inilah antara emosi yang tidak menentu yang sering menyelubungi suami atau isteri yang terpaksa menghadapi perceraian. Kadang-kala iman yang rapuh boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan hidup hingga terlupa bahawa anak-anak kini lebih memerlukan perhatian. Pastikan mereka tidak tersisih dan terabai dalam kedukaan sehingga menjadi ‘mangsa’ keadaan. Oleh itu, anda harus bijak berdepan dengan masalah ini dan mampu memberi penjelasan dan menjawab sebarang pertanyaan atau kekeliruan mereka dengan baik. Biarpun anda dan bekas pasangan sudah tidak sehaluan, bagaimana untuk pastikan anak-anak tidak menyimpan dendam, buruk sangka terhadap ibu atau bapa mereka?


Menurut pakar motivasi pelajar, MAP Training and Consultancy ,Dr. Tg Asmadi Tg.Mohamad,pada kebiasaannya anak-anak yang telah melalui proses perceraian akan mengalami tekanan dan gangguan emosi. “Sejauh mana kesan psikologi terhadap diri anak-anak akibat perceraian bergantung kepada situasi bagaimana proses perceraian itu berlaku, hubungan antara ibu bapa selepas perceraian, sokongan daripada kaum keluarga , usia anak sewaktu berlaku perceraian serta reaksi daripada kawan-kawan sebaya dan sebagainya,” ujarnya.


Kesan psikologi kepada anak-anak
“Anak-anak yang sering kali mendengar ibu bapa mereka bergaduh berbulan-bulan malah bertahun tahun sebelum berlakunya perceraian akan lebih tertekan dan terjejas emosinya berbanding dengan perceraian yang berlaku secara baik. Apa lagi jika wujudnya kes pukul dan dera terhadap pasangan hingga menimbulkan rasa kasihan dan pilu di hati anak dan ini mewujudkan perasaan dendam di dalam diri mereka. Ada ketikanya perasaan marah, dendam dan memberontak ini diluahkan dalam bentuk protes dengan melibatkan diri dalam masalah sosial. Bagi anak-anak , mereka mahu mengajar ibu bapa itulah kesannya apabila diri mereka tidak dipedulikan,” jelas Dr Tg.Asmadi yang berpengalaman menghadapi kes situasi anak-anak mangsa perceraian.



Menurutnya lagi anak-anak juga mungkin terdedah kepada pelbagai contoh yang tidak elok daripada ibu bapa yang melalui proses perceraian seperti mencerca, mengherdik, mencaci maki dan sebagainya yang boleh membuatkan anak-anak merasa cemas dan takut. Mereka cenderung mengalami kemurungan hingga mengganggu tumpuan belajar. Estim diri turut terjejas dan mereka untuk tidak bergaul kerana mengelak daripada ditanya mengenai masalah ibu bapa. Prestasi akademik juga turut merosot dan jika tidak dibantu akan membawa kepada kegagalan dan kemerosotan pelajaran kerana tiada ketenangan ketika berada di rumah. Rasa cemburu juga timbul apabila melihat rakan-rakan lain mempunyai ibu bapa yang bahagia.

“Tekanan dan trauma ini berterusan apabila ibu bapa berebut soal penjagaan anak dan sikap saling menyalahkan di antara mereka. Proses tuntutan hak di mahkamah juga membuatkan ibu bapa hilang tumpuan terhadap anak-anak dan ini bakal memburukkan lagi keadaan,” jelas Dr.Tg Asmadi lagi.

Tanda-tanda anak-anak mengalami trauma dan gangguan emosi :

- Proses perkembangan fizikal terjejas misalnya ketinggian dan berat badan terencat dan tidak seiring dengan usia mereka.



- Kelihatan murung, hilang selera makan, mudah marah, menyendiri dan melakukan sesuatu di luar kebiasaan dan sebagainya.

- Tidur yang sering terganggu hingga sukar melelapkan mata. Malah ada yang terpaksa mengambil ubat tidur.

- Pencapaian akademik di sekolah yang makin merosot.

- Masalah disiplin di sekolah kerana anak-anak ini menunjuk protes di sekolah atau dalam pergaulan.

- Mereka sukar dikawal dan dinasihati kerana mereka meletakkan kesalahan itu kepada ibu bapa dan merasakan tindakan mereka itu adalah wajar.

- Lebih berdiam diri kerana mereka sendiri dalam dilema siapa yang harus disalahkan, siapa yang patut disayangi, ibu atau bapa?

- Keliru dan merasakan ibu bapa lebih pentingkan hal masing-masing dan tidak peduli dan sayang kepada mereka lagi. 


Tuesday, January 11, 2011

Kami Geng Pink

Comey kan banner nie(",)I LIKE PINK

Assalamualaikum semua.....
aku memang peminat pink....
sebab tue la aku nk join KAMI GENG PINK
korang nk tau tak kalau aku keluar shopping nampak je barang 
warna pink memang nk beli....
aku xkira orang nk kata aku macam budak2 ke ape ke aku xkisah semua 2
janji aku dapat beli
ada 1 benda yg aku x sesuai pkai warna pink...
korang nk ape dia....
lipstik pink la x sesuai dengan aku coz kulit aku mmg x sesuai lipstik pink..ntah la kenapa?
tp pape pun aku memang minat pink dari dl2 lg


P/s:Kalau korang berminat nk join korang klik sini.<><><>KAMI GENG PINK<><><>


6 Progresif Hiasi Slot Aurora TV9





Sempena tahun baru ini, TV9 akan menghidangkan sebuah drama bersiri menarik iaitu 6 Progresif yang bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini pada setiap Khamis jam 8.30 malam. Drama yang berkisarkan tentang kisah kehidupan beberapa pelajar sekolah ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan dibarisi oleh pelakon remaja yang masih segar dalam bidang seni iaitu Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal, Nabila Dally dan Faralyna Idris.

Mesej-mesej positif dan pengajaran juga turut diselitkan dalam drama 14 episod ini khususnya penekanan terhadap kepentingan disiplin, sikap positif dan kebenaran yang akan sentiasa menjamin kejayaan seseorang di alam persekolahan. Apatah lagi dalam usia muda remaja, pelbagai perubahan emosi dan fizikal akan berlaku dalam proses kematangan ke arah dunia kedewasaan. Peranan guru-guru juga amat penting dalam membentuk pelajar, mengetahui keperibadian mereka dan menjadi contoh yang terbaik kepada setiap pelajar.

Drama yang akan disiarkan di dalam slot Aurora di TV9 ini mengisahkan tentang perjalanan para pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif. Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.

Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar ‘reject’ dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.

Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.

Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka.

Untuk menyaksikan kisah selanjut Budak Baru yang ingin mencari identiti dan menyesuaikan dirinya di sekolah baru, jangan ketinggalan untuk menyaksikan 6 Progresif yang akan bersiaran pada setiap Khamis jam 8.30 malam bermula pada 13 Januari ini, hanya di TV9, saluran Di Hatiku!

Sumber dari:Gua.com.my