page

Thursday, March 31, 2011

Lu Pikir La Sendiri



Salam semua..
Knp la hang jadi cm 2 aku x sangka la 
ada sorang girl nie,entah la apa nk jd apa kt dia nanti
dia buat keje x amanah sudah la...aku x kata apa aku diam je
biar lah tuhan je balas dgn perbuatan dia....macam2 lg la,
dh tue cakap bohong kt aku macam2.ckp plak putaq belit macam2 la
aku nk hurai mmg pnjng


Ada la satu hari 2 aku terpikir nk check follower aku nk tgok dia ada x 
dalam list follower aku....fuhhhh check2 tgok
dia dh unfollow aku rupanya
dl aku tgok list blog aku da dalam bloglist dia tp skrg dia dh delete semua
hahahahahahahha.....
dia dh rasa dia bersalah sebab tue dia dengki kt aku....
dh tue FB aku pun dia remove...
dia mmg btl2 hati yang....!!!!!?????!!!!
aku xnk cakap dia 2 hati apa.....
minta2 la bg dia pikir bila dia buka blog aku nie

P/s: Minta maaf yerkkk....1st time update entri cm nie



Nilai Sebuah Tangisan


Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi.
Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi.
Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi.
Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika aku katakan hatiku adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Namun hatiku sungguh keras. Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul. Hati ini tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat” ( Al-Baqarah: Ayat 7)
Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. ‘Cirrhosis’ jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. Teringat Firman Allah

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta” ( Al – Baqarah : Ayat 10)

Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku sebagai ujian penuh hikmah. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, Air Mata lah yang menjadi suri peneman hidup. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan di tengah orang ramai. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat kekelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bias ternampak oleh rakan-rakan. Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu kufaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu depan mata, tapi aku tidak mampu merasainya.
Namun, tangisan ku hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat. Dia bertanya padaku, “Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?” Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan “ Untuk siapa kau rasa?” dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?
Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu “ Mengapakah kau menangis?”. Jawabnya, “ Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis”.
Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, tangisku untuk siapakah? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. 
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, “ Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?” Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.
Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.
Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.
Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.
Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.
Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan ia dengan tangisan menghadap Ilahi. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar tumpah air mata di medan perjuangan ini, bukan kerana Sedih dan Putus asa, tetapi kerana Kasih dan Cinta. Kerana nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu besarnya seperti darah syuhada’ yang mengalir dan dakwat para ilmuan yang. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Nya.


Bicaraku......


Assalammualaikum semua.....
Dh lama aku x update entri....skrg agk nya bz ngn kje...
byk benda nk kena setel,,,,sampai buntu pikiran ku 
nk update entri apa skrg 
entah la knp???????adussssss..............
sakit kepala aku memikirkan macam2 nie....
aku nie skrg ibarat burung layang2....
rasa nk terbang je jauh2 nk tinggal kan semua2 yg membuatkan
hati ku...........!!!!!!!?????!!!!!!!
ape2 pn aku x akan putus asa dgn tindakan beliau tue

TTM bagi kata2 semangat 
camni dia berkata kepada aku perlu tabah n sabar banyak2
insyaALLAH suatu hari nanti mungkin aku akan dapat hikmah 
belipat2 kali gnda...
ALLAMDULLILLAH........
rasa lega sikit hati nie bila ada orang memberi kata2 semangat 






Wednesday, March 23, 2011

Ben Ashaari:Game Antara Blogger Bermula!!!


Assalammualaikum dan selamat malam
jom join segmen game antara blogger 
mudah je tau..


P/s:Akan tutup 11.00 malam nie....nk join klik sini>En Ben<


Jalan2 Cari Makan

Assalammualaikum semua.....



Fuhhhhhhh sedapppppp nya teringat balik keje kejap lg
 nk makan puding roti tue memang sedap...
meleleh aiq liur aku teringat nk makan puding tue
donut tue untuk ank buah aku....
dia suke makan donut...



Saya Join Bloglist Myravea

Assalammualaikum semua....
saya nk nk join la bloglist myra nie
jom join bloglist 
Myravea



Buatkan satu entry"saya join bloglist myravea" dan linkkan ke entry ini
-DONE-


Copy header myra nie dan paste kan ke entry korang
-DONE-


Masukkan list blog myra ke dalam bloglist korang*kite exchange yek*
-DAH LAMA SAYA LETAK BLOG MYRA
 DLM LIST BLOG SAYA NIE-


Pastikan anda salah seorang follower blog myra

- SEMESTI NYA DAH LAMA SAYA JD FOLLOWER BLOG MYRA-


KORANG NK JOIN KLIK SINI>>>Myravea >>

Monday, March 21, 2011

Mengapa Berdendam?


Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.
Ada orang berdendam sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah. Tapi mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit.Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi.
Diantara punca-punca dendam ialah luka dalam hati yang mendalam ataupun kita teraniaya. Kita merisik awal, orang tolak pinangan. Orang merisik kemudian, orang menerima pinangan. Macam mana tak dendam ye tak ? Ni contoh je. Tiada kena mengena dengan aku pun. Hehe.Kadang-kadang kita dendam sebab enggan memaafkan. Sebab apa ? hati masih kotor, jiwa masih gelap. Ni la punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.
Sebenarnya kalau kita berdendam, banyak isu yang akan terbengkalai. Masalah tidak dapat diselesaikan, jalan jadi buntu, keberkatan terhakis tak berkat hidup kita Hati kotor sebab dendam, hidup tak berkat. Hidayah pun lari dan macam-macam masalah timbul satu per satu.

 Bagaimana menangani dendam.
Pertama ialah murnikan hati, sucikan jiwa, sucikan hati dengan solat taubat banyak-banyak, minta maaf dengan orang dan juga redha. Kita pun kadang-kadang banyak buat silap kat orang, redhalah orang buat silap dekat kita.
Kedua ialah cari emas dan cari hikmah dalam setiap kejadian. Kita teraniaya ada hikmahnya sebab bila tuhan nak beri kebaikan tuhan mulakan dengan musibah. Jadi jangan kecil hati. Mula berfikir apabila kita ditimpa musibah sebab ada emas dan kebaikan setiap kali musibah diturunkan kepada kita.
Jika masalah kita tu berat sangat, minta bantuan dari pakar. Jumpa ulama’, jumpa kaunselor dan sebagainya. Berkawan dengan orang-orang positif, jangan pula berkawan dengan batu api. Nanti lagi dia api-apikan kita suruh buat perkara yang tidak sepatutnya. Dan yang paling penting ialah, slow talk dengan orang yang kita berdendam. Mungkin dari sini, semua dendam akan terhapus.


Hidup tenang diperoleh 
jika senantiasa bersama ALLAH
dan ALLAH hanya akan menyertai
orang yang senantiasa
membersihkan hatinya

Monday, March 14, 2011

++ SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA ++


Assalammualaikum semua...........

Segmen En Ben kali nie saya rasa nk join la....rasa syok la pulak bila

tnya soal cinta2 .....kihhh..kihhhhh saya xnk buangkn masa lagi 

sekarang saya nk jwp soalan2 En Ben......


LELAKI pilihan anda ?
  • Mesti la lelaki yang baik,setia,jujur dan ikhlas.....
  • yang beragama supaya boleh membimbing aku ke jalan kebenaran-Nya
  • yg boleh menjamin masa depan......
  • mesti yg x panas baran
  • yang paling penting sayang aku dan terima aku seada nya


Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda?
  • hehe3....seksi dengan badannya yg mantap2,
  • seksi pada suara yang tegas....


LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. 
Apakah anda rasa LELAKI hanya 
berkorban sebelum memiliki cinta anda ?
 Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

  • ye...ada sesetengah lelaki sanggup korban demi cinta sejati
  • aku rasa memang da jugak lelaki yg berkorban sebelum memiliki cinta saja....
  • tapi bila dh dapat cinta x mau menghargai pulak yang....dgn macam2 perangai dia tunjuk pada kita
  • kadang2 pening jugak dgn lelaki nie


Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
  • Ye memang pasti aku tidak sanggup bermadu sebabnya mmg hati aku tidak boleh terima,aku mmg tidak suka yang pasti nya


Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan 
anda lakukan ?
  • pertama aku akan tanya dia kenapa kau cari teman wanita lain....
  • aku dah ada di sisi kau tidak cukup lagi ke...
  • adakah dia sayang aku,jika kalau la dia jawap masih sayangkan aku,aku minta dia tolong lepas teman wanita lain....
  • kalau dia tidak tinggal kan teman wanita lain...jgn harap la aku yang tima dia dh 


LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
  • entah la apa2 pun kita tgok diri sendiri la 


SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? 

Apakah buktinya ??
  • berdasarkan pengalaman aku la perempuan yang setia....
  • buktinya kisah2 nya memang pernah terjadi pada aku sendiri memang aku rasa terkilan dengan sikap lelaki.....sampai sekarang aku tidak boleh percaya pada lelaki.....ntah la sampai bila,aku rasa fobia tkut aku di tipu lagi..sudah2 xnk pnjng citer kang aku mengalir air mata aku lak nie




Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
yes!!!aku mmg yg seorang cemburu tapi bertempat la kalau aku nk cemburu pun...

tapi kan semua orang akan ada sifat cemburu....lalala cemburu tanda sayang tau,tidak salah kan kalau cemburu ada jugak



Hatiku Berbicara

Lelaki itu yang tak pernah tahu, hati perempuan bukannya lampu yang suis ; bisa dibuka ditutup

Perbezaan di antara lelaki dan perempuan, 
hati lelaki itu keras........
hati perempuan itu lembut.

P/s:KALAU NK JOIN SILA KLIK<<< Segmen En Ben>>>>

Wednesday, March 9, 2011

++ Panduan Memilih Jodoh ++



Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteksTEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama danMAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHUyang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".


Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.