page

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


sal2
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua Dan Selamat Berpuasa dan Menyambut bulan Ramadhan 2011 ini.Semoga di bulan Ramadhan ini, kita terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang diredhainya. Insyaallah
Perkataan yg indah adalah “ALLAH”
Lagu yg merdu adlh “AZAN”
Media yg terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam yg sehat adlh “SOLAT”
Diet yg sempurna adlh “PUASA”
Kebersihan yg menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan yg indah adlh “HAJI”
Khayalan yg baik adlh ingat akan “DOSA &TAUBAT”




Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Lafaz niat untuk sebulan puasaniatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Doa Berbuka Puasa
doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Kita minta kpd ALLAH setangkai bunga segar,
DIA beri kaktus berduri.
Kita minta rama2,diberi ulat beluncas.
Kita sedih dan kecewa....
Namun kemudian,kaktus itu berharga,
indah sekali .
Dan Ulat itu pun menjadi rama2 yg cantik.
Itulah jalan ALLAH,indah pada masaNYA 
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,
Tetap DIA memberi apa yang kita perlukan..
kadang kita sedih,kecewa,terluka,Tetap jauh diatas
segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam 
hidup kita
"SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 
DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUSA"




7 comments: