Kewafatan Saidatina Khadijah r.a memberi kesan besar kepada Rasulullah saw.
Baginda kehilangan pendorong setia, malah kewafatan Abu Talib juga memberi kesan yang sama terhadap Baginda disaat dakwah Islam berada diposisi paling tenat kerana tiada kemasukan baru ke dalam agama Islam di kalangan penduduk Mekah.
Memujuk kekasih hatinya, Allah menganugerahkan Israk Mikraj kepada Baginda saw.
Peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pelajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat islam atau sebaliknya.
Selain menjadi mukzijat besar yang membuktikan kenabian Muhammad saw, ia juga adalah saat dimana umat islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.
Kedatangan Rejab juga dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampirnya ketibaan tetamu agung Ramadhan al-Mubarak.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama mengambil iktibar dan memahami maksud yang tersirat disebalik peristiwa besar ini. Agar kita sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Ilahi Insyallah.
INFO: Ikuti peristiwa Israk & Mikraj selanjutnya di http://bit.ly/IsrakMikrajSK
Israk Mikraj 29 Rejab 1432
ReplyDeletenice sharing...tq..E-book seni seks islam&barat
ReplyDeletearrayah.info - 28 Rejab – Hari Di Mana Umat Islam Kehilangan Perisainya (KHILAFAH)
ReplyDeleteinsyaAllah semoga kita sama2 mghayati mkna sbnr pristiwa israk mikraj ini.
ReplyDelete